Akaun perkimn9.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Bantuan Kecemasan Sempena PKP & Covid19
TAWARAN INFAQ & SEDEKAH
Sempena Bantuan Kecemasan Sempena PKP 3.0

Hai, assalamualaikum wbt. kepada semua para dermawan budiman.

Sempena pelaksanaan PKP 3.0 yang dilaksanakan kerajaan, kami daripada PERKIM menerima banyak aduan dari orang awam berkenaan ekonomi rumahtangga mereka yang terjejas.
Ada yang dibuang pekerjaan, ada yang diberhentikan, ada yang cuti tanpa gaji dan sebagainya. Manakala peniaga kecil-kecilan pula mengadu susah nak meniaga zaman sekarang. Tiba-tiba Bazaar atau pasar malam ditutup dengan notis yang singkat. Barang jualan dah beli, nak berniaga tak dapat.

Bagaimana pula nasib mereka yang sememangnya kumpulan asnaf fakir miskin? Subhanallah, mereka lebih-lebih lagi terjejas. Ada yang mengadu susah, sekarang dah tak boleh keluar rumah nak mengutip kotak dan tin-tin kosong.

Tuan dan puan,
oleh itu atas rasa prihatin yang tinggi, kami PERKIM sedang membuka peluang untuk kita bersama meringankan beban mereka yang memerlukan. Sumbangan anda mungkin menjadi juadah mereka pada malam ini. Setiap butir beras yang masuk ke mulut mereka, adalah amal jariah buat kita semua. Amin.

Semoga Allah mengampunkan dosa kita, menerima amal kebaikan ini dan mengeluarkan kita daripada ujian Covid-19 ini.
 
Bantuan Kecemasan anda akan membantu kumpulan-kumpulan seperti berikut :

1. Asnaf fakir miskin yang tercicir
2. Asnaf muallaf yang miskin
3. Ibu tunggal
4. Keluarga-keluarga B40 yang terjejas teruk
5. Peniaga-peniaga kecil jalanan yang terjejas
6. Bantuan kecemasan / bencana alam
7. Infaq untuk Frontliners (Happy Box)