Akaun perkimn9.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
PERMOHONAN KEAHLIAN PERKIM BAHAGIAN NEGERI SEMBILAN
BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI PERKIM
MARI SERTAI KAMI !!

MENJADI AHLI PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM)
BAHAGIAN NEGERI SEMBILAN

HANYA RM100.00 Sahaja Yuran Seumur Hidup.

ATAU

Serendah RM 7.00 Sahaja Untuk Yuran Ahli Biasa

MENGAPA PERLU BERSAMA KAMI??

Latar Belakang

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989.

PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian.

PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian-bahagian.

"ISLAM ITU PERSAUDARAAN"

Cogankata PERKIM iaitu, “Islam Itu Persaudaraan” menjadi tunggak yang harus sentiasa dihayati dan dipraktikkan dimana PERKIM hendaknya dijadikan nadi untuk menyatupadukan umat Islam khususnya ahli-ahli dan masyarakat setempat amnya.


KEPERLUAN MENJADI AHLI PERKIM

1. Alhamdulillah pengislaman non muslim semakin hari semakin meningkat. Jumlah yang semakin ramai ini menandakan keperluan tinggi sukarelawan yang dapat membantu membimbing mereka tentang perkara-perkara asas Islam.


2. Tanggungjawab dakwah tidak terletak di bahu agensi kerajaan atau bukan kerajaan semata-mata. Tetapi ianya adalah tanggungjawab kita secara Individu yang bergelar Muslim.


3. Ahli PERKIM umpama Ejen yang akan menyalurkan maklumat keberadaan dan kewujudan Saudara Baru di sekitar mereka. Ini bagi memastikan keperluan mereka dari segi ilmu dan kebajikan dapat di urus dengan baik.


4. Tidak semua yang asal Muslim mempunyai keberanian dan semangat untuk menyampaikan Islam. Maka melalui pergaulan didalam landasan seperti PERKIM ini mudah-mudahan ada peningkatan dapat di perolehi khususnya setelah berpeluang menyertai program seperti Street Dakwah dan sebagainya.


5. Anda akan mula mendapat pendedahan dalam aspek menjawab persoalan-persoalan yang kerap ditanya oleh mereka yang belum Muslim.


6. Jika anda seorang penjawat awam, sumbangan anda dalam kerja-kerja kabajikan dan sosial bersama NGO seperti PERKIM ini akan memberi nilai tambah pada penilaian prestasi tahunan anda dibawah kompenan sumbangan luar anda.


DAN YANG TERPENTING SEKALI, MARI KITA PERHATIKAN KALAM-KALAM ALLAH S.W.T DIBAWAH..


“Serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus.” 

(QS. al-Hajj/22: 67). 


 “Katakanlah, “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah (argumen) yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.” 

(QS. Yusuf/12: 108). 


“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.” 

(QS. Ali Imran/3: 104).


“Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” 

(QS. al-Ashr/103: 2-3).


“Nuh berkata,  “Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah mendakwahi (menyeru) kaumku malam dan siang.” 

(QS. Nuh/71: 5). 


PERHATIKAN JUGA SABDA RASUL KITA MUHAMMAD S.A.W

“Demi Allah, sesungguhnya Allah memberikan hidayah kepada seseorang dengan (dakwah) mu, maka itu lebih baik bagimu dari unta merah.

 (HR. Bukhari dan Muslim). 


“Sesungguhnya Allah memberi banyak kebaikan, para malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi, sampai semut-semut di lubangnya dan ikan-ikan selalu mendoakan orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

 (HR. Turmudzi).


Saat kita merenung. Berkat kerja dakwah orang sebelum kita yang memperkenalkan Allah SWT, Muhammad SAW dan Kitab Alquran,  hari ini kita dapat merasakan nikmatnya hidup dalam Islam. Persoalanya adalah, Usaha dakwah apa yang sedang kita garap untuk anak-anak kita generasi mendatang.......