Akaun perkimn9.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
INFAQ PEMBANGUNAN KOMPLEKS PERKIM
INFAQ PEMBANGUNAN KOMPLEKS PERKIM NEGERI SEMBILAN


Berfirman Allah Subhanahu wa ta’ala yang bermaksud:

“Kamu adalah ummat terbaik yang ditampilkan Allah di tengah-tengah manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah perbuatan munkar.”

Surah Al-Imraan : 104

“Dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat.”

Surah Asy-Syuara: 214.

“Kami tidak mengutus-mu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Surah Saba: 28

“Serulah (manusia) ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

Surah Al-Nahl : 125

“Dan Tidaklah Kami mengutusmu (Muhammad), melainkan untuk rahmat bagi seluruh alam.”

Surah Al-Anbiya‘: 107

“Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.”

Surah Yusuf: 108.

“Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan apapun dengan Dia. Dan hanya kepada-Nya aku seru manusia.”

Surah Ar-Ra‘du: 36.  


PENGENALAN PERKIM

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian yang mana terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara dan salah satunya adalah PERKIM Bahagian Negeri Sembilan.

Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian dan Ahli Jawatankuasa yang dilantik dalam Mesyuarat Agung. PERKIM juga mempunyai sayap Wanita PERKIM dan Belia PERKIM yang mempunyai peranan tersendiri didalam pergerakan PERKIM keseluruhannya.

Dengan cogankata “Islam Itu Persaudaraan” dan misi untuk menjadikan PERKIM sebuah NGO penggerak dakwah terunggul bagi memberi sokongan kepada institusi Islam di Malaysia dan antarabangsa, maka PERKIM bergerak dengan lima elemen utama dalam mencapai halatuju PERKIM iaitu :

Dakwah
Menjalankan dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.


Pendidikan
Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran serta pendidikan Islam menerusi segala media dan segala jalan yang sah di sisi undang-undang.


Kebajikan
Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa dan dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif.


Kerjasama dalam bidang agama Islam


Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan agensi-agensi korporat, pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam yang lain demi kemajuan agama Islam.


KOMPLEKS PERKIM NEGERI SEMBILAN




 JUSTIFIKASI PEMBINAAN KOMPLEKS PERKIM NEGERI SEMBILAN

 

1. Pentadbiran PERKIM

a.    Lokasi semasa Pejabat PERKIM Bahagian Negeri Sembilan adalah merupakan sebuah unit perumahan teres dua tingkat yang terletak di Taman Seri Rahang, Seremban. Ianya bukanlah premis yang dikhususkan sebagai ruang pejabat.

b.    Adakalanya mengganggu komuniti setempat dari segi ruang parkir kenderaan, menghalang lalu lintas dan sebagainya apabila PERKIM menjalankan aktiviti seperti mesyuarat, ceramah dan kelas.

c.   Lokasi yang agak terlindung dan jauh dari akses pengangkutan awam menyukarkan ahli dan pihak – pihak yang ingin berurusan dengan PERKIM khususnya para Muallaf yang tidak mempunyai kenderaan sendiri dan daif untuk datang ke PERKIM.

d.     PERKIM Bahagian Negeri Sembilan mempunyai 12 cawangan serta sayap Wanita & sayap Belia yang memerlukan ruang pentadbiran yang tersusun.

e.    Keperluan untuk mewujudkan ruangan khusus yang lebih kompeten bagi mengurus pertemuan dengan Muallaf untuk sesi kaunseling, perbincangan ataupun majlis pengislaman / syahadah.

2. Tadika PERKIM

 a. Pendidikan merupakan agenda utama pembangunan dan transformasi  individu. Kesan kajian membuktikan kesan positif dan jangka panjang pendidikan prasekolah. Sebagai Non-government Organization (NGO), PERKIM komited memainkan peranan dalam Pendidikan awal  kanak-kanak  sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. YTM Tunku Abdul Rahman Putra telah mempelopori pembangunan Tadika PERKIM  berasaskan perpaduan kaum di Malaysia  pada 1960. Tadika PERKIM yang ada kini (Tadika Perkim Pulau Pinang dan Tadika Perkim Kg Koh Sitiawan) telah berusia lebih daripada 50 tahun sejak ditubuhkan. Penilaian semula program tadika PERKIM telah dilaksanakan  untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatannya serta menggubal Program Pendidikan Tadika yang memenuhi keperluan semasa dan emergen .


b. PERKIM berazam  menonjolkan niche Tadikanya yang lebih progresif unik dan dinamik mengabungkan Ilmu Iman dan Amal supaya menjadi model  untuk diteladani . Untuk mencapai matlamat murni tersebut  kumpulan perunding  telah dilantik oleh PERKIM yang diketuai  oleh Puan Sri Prof Rohaty Mohd Majzub dan pakar 2 yang lain  Prof madya Dr Nordin Mamat dan Dr. Azizah Zain (UPSI), serta Puan Shaira (Pembantu Penyelidik) Dari pengurusan  PERKIM, Tan Sri Yusuf Noor adalah (Penaung Projek), Tan Sri Muhammad Rais Karim (Penyelaras Projek), Dato Hasbulah L.Isa (Timbalan Penyelaras Projek ) dan Tuan Haji Zuber Zain (Setiausaha Projek).

c. Falsafah Tadika PERKIM baru  berhasrat melahirkan insan kamil  dengan menitikberatkan enam komponen perkembangan kanak kanak meliputi :-

 (a)  khalifah muda (kerohanian dan nilai),

(b) Pemikir global (kesediaan global)

(c) Usahawan Muda (Kepemimpinan dan sahsiah )

(d)Intelek Muda ( Sains dan teknologi)  

(e) Fasilitator Muda (bahasa dan kommunikas)i Fasi 

(f)Atlit Muda (Perkembangn estetika dan fisikal  

d. Hasil dari Projek adalah beberapa modul pengajaran dan pembelajaran    berdasarkan keenam komponen diatas. Model Tadika Perkim Baru tersebut 

telah diuji rintis di Tadika Pulau Pinang dan Tadika PERKIM Kg  Koh Sitiawan dan didapati menggalakkan dan positif. Langkah selanjutnya adalah

pelaksanaan Model Tadika PERKIM tersebut disetiap negeri atau cawangan PERKIM.

 

3. Institut Da’wah Islam PERKIM (IDIP) Zon Selatan

Institut Da’wah Islam PERKIM adalah pusat pengkayaan dan pengajian islam bagi kalangan Saudara Baru di bawah slogan "Intelektual dan berkebajikan". Misi IDIP adalah untuk mengolah tahap keintelektualan disamping mengekalkan aspek kebajikan pada tahap professional berdasarkan prinsip-prinsip Islamik

Bagi mendepani cabaran masa kini dan menempuh krisis kontemporari, IDIP akan menggunakan pendekatan intelektual dalam kerangka pengurusan ekonomi dan keusahawanan serta dalam arena sosial seperti pembangunan komuniti, pembangunan wanita hingga pemeliharaan persekitaran yang kondusif untuk  kemaslahatan khusus Saudara Baru.


Metod pendekatan yang digunakan adalah berdasarkan panduan dan keistimewaan Al Quran & Sunnah yang mana akan meningkatkan keharmonian dalam masyarakat. Selain itu IDIP juga akan diberikan peranan tambahan bagi melengkapkan keperluan semasa para dai’e dan mad’u seperti berikut :- 

a.     Pusat Pengajian Al Quran yang  bercirikan konsep  Ulul Albab.

b.     Pusat Pengajian Bahasa (Arab / Inggeris / Cina / Tamil).

c.      Program Pensijilan Pengajian Islam untuk Saudara Baru.


PERKIM menyeru kepada pihak korporat dan individu untuk bersama-sama menyumbang kepada Dana Pembangunan Kompleks PERKIM Negeri Sembilan ini demi memastikan kelangsungan dan perkembangan pendidikan Islam, khususnya bagi keperluan Saudara Baru disamping mempertahankan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah dalam pegangan dan amalan mereka. Berbekalkan pengalaman selama 53 tahun dalam arena dakwah, pendidikan dan kebajikan muallaf, PERKIM akan terus komited untuk memastikan segala perjalanan dan perancangan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dengan sokongan daripada semua para penaja dan penyumbang, kami pasti akan dapat memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada seluruh pelusuk umat di negara ini dan juga di seantero dunia.

 

Semoga segala usaha yang dicurahkan akan mendapat imbalan yang baik dari Allah s.w.t, Insyallah.